Make your own free website on Tripod.com

Lagu Keroncong

Laman ini dibina untuk peminat-peminat lagu keroncong khususnya di Malaysia

Ini adalah langkah permulaan bagi saya untuk mambawa lagu-lagu keroncong kepada peminat lagu dan muzik digital di alam siber.

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

    Di Malaysia terdapat beberapa orang penyanyi yang kerap menyanyi lagu keroncong atau lagu-lagu pop rokck dalam versi keroncong.
  1. Kartina Dahari
  2. Sharifah aini
  3. M. Nasir
  4. Siti Nurhaliza - terlalu sedikit 2 atau 3 lagu sahaja secara live
    Penyani keroncong Indonesia yang terkenal di Malaysia ialah
  5. Hetty Koes Endang
Radio Malaysia Johor adalah antara stesen radia yang mempopularkan lagu keroncong. Hampir setiap malam slot keroncong diberi keutamaan dari jam 9.00 hingga 12.00 malam. Bahkah Majlis Perbandaran Johor Bharu juga mempunyai orkestra keroncongnya sendiri dan telah mengimpot jurulatih daripada Indonesia untuk memantapkan lagi muzik keroncong.

Link Midi:

laman Harun Midi
About Keroncong In malaysia

Daripada
Khairi
2004